First topic message reminder :
Sebuah bangunan menjual SUAMI baru sahaja dibuka di tengah-tengah kotaraya.
Apabila perempuan pergi ke bangunan tersebut, adanya arahan seperti berikut:
"Anda cuma boleh memasuki bangunan ini SEKALI SAHAJA! Ada 6 tingkat dan nilai produk akan meningkat seiring apabila anda naik ke tingkat yang lebih atas. Anda boleh memilih mana2 produk dari mana2 tingkat, atau anda boleh memilih untuk naik ke tingkat yang lebih atas. TETAPI, anda TIDAK BOLEH berpatah balik untuk turun ke tingkat bawah kecuali untuk keluar dari bangunan ini!"
Nak dijadikan cerita, seorang perempuan masuklah ke dalam bangunan tersebut untuk mencari suami.
Pada tingkat 1, adanya papan tanda di pintu masuk yang berbunyi:
Tingkat 1 - Lelaki di tingkat ini mempunyai kerja.
Pada tingkat 2, adanya papan tanda di pintu masuk yang berbunyi:
Tingkat 2 - Lelaki di tingkat ini mempunyai kerja dan menyayangi kanak-kanak.
Pada tingkat 3, adanya papan tanda di pintu masuk yang berbunyi:
Tingkat 3 - Lelaki di tingkat ini mempunyai kerja, menyayangi kanak-kanak dan agak hensem.
"Wah" dia berfikir, namun dia terasa untuk meneruskan perjalanannya.
Pada tingkat 4, adanya papan tanda di pintu masuk yang berbunyi:
Tingkat 4 - Lelaki di tingkat ini mempunyai kerja, menyayangi kanak-kanak, hensem dan suka membantu anda melakukan kerja-kerja mengemas rumah.
"Oh, bagusnya! Saya sangat teruja!" si perempuan menjerit.
Tetapi, dia masih meneruskan perjalanannya dan sampai ke tingkat 5.
Pada tingkat 5, adanya papan tanda di pintu masuk yang berbunyi:
Tingkat 5 - Lelaki di tingkat ini mempunyai kerja, menyayangi kanak-kanak, sangat hensem, suka membantu anda melakukan kerja-kerja mengemas rumah dan bersifat sangat romantik.
Si perempuan itu terlalu teruja sampai tidak boleh berkata-kata, namun dia masih meneruskan perjalanannya dan sampai ke tingkat 6.
Pada tingkat 6, adanya papan tanda di pintu masuk yang berbunyi:
Tingkat 6 - Anda adalah pengunjung tingkat ini yang ke 31,987,667. Di tingkat ini tiada seorangpun lelaki. Tingkat ini cuma wujud sebagai bukti bahawa wanita sukar untuk dipuaskan . Terima kasih kerana mengunjungi KEDAI SUAMI.
So kawan2, pe pandangan korang dgan cite yg aku amek dari tenet neyh? Especially girls.. Adakah betol wanita sukar dipuaskan kehendak?? No offence to all girls. Please vote and leave ur comment/opinion..
And to ADMIN, if u think this post is a offence, feel free to delete this..